Henkorg pernah tak demam lepastu sakit kepala yang ter-AMAT sangat kat bahagian ubun-ubun kepala. Haa tak tahu lah sejak bila Min dapat penyakit ni...kalau demam je badan rasa seram sejuk lepastu sakit kepala tu menyerang kemain kt bahagian ubun-ubun ni. Rasa dia Allah jela yang tau...rasa macam otak tu kene ikat ketat-ketat sampai kecut. Kadang-kadang tahan sakit sampai menangis tau..huhuhu :'(
So, Min pun tanya lah kat encik gugel "SAKIT KEPALA DI UBUN-UBUN". Banyak artikel yang Min jumpa pasal penyakit ni, dan ia dikenali sebagai tension headache, dan golongan yang selalu dapat penyakit ni ialah kaum wanita..huhu nampak tu perempuan ni banyak berfikir sebab tu dia selalu pening kepala. Jom lah tengok apa punca dan macam mana nak atasi penyakit tension headache ni.
APA TU TENSION HEADACHE?
Ia merupakan gambaran rasa sakit yang menyebar seakan-akan kepala diikat ketat. Rasa sakit tersebut terjadi selama 30 minit atau seminggu. Sekiranya penyakit berlanjutan hingga 15 hari, mungkn terdapat penyakit yang lebih parah/ teruk. Penderita tension headache biasa nya menghidap migrain.
GEJALA TENSION HEADACHE
- Kepala seakan ditekan-tekan pada sisi belakang dan leher.
- Otot leher dan wajah menegang
- Tidak selera makan
PENYEBAB TENSION HEADACHE
- Penyebab tension headache tidak diketahui, ketegangan otot-otot pada leher dan wajah kemungkinan penyebab faktor.
FAKTOR RISIKO TENSION HEADACHE
- Stress
- Tekanan dan rasa cemas
- Postur tubuh yang tidak elok
- Lapar
PENCEGAHAN TENSION HEADACHE
- Relaks. Lakukan Yoga.
- Rehat yang cukup
- Jangan merokok
- Diet yang sihat
- Olahraga yang teratur
- Perbaiki postur ketika duduk dan berdiri
Haa, ini lah info-info yang dapat Min kongsikan mengenai Tension Headache. Mungkin salah satu sebab tu Min ada kan? Sebab tu kene serang sakit kepala ni...hm kena cegah awal-awal lah..kalau tak bahaya. Ada jugak artikel yang Min baca kalau sakit tu berterusan kena lah jumpa doktor dan buat CT Scan dan MRI. Hmm risauu gak ni... Mungkin faktor kerja dan kewangan, tu stress manjang..hahahah! :p
Ape-ape pun kalau Min demam atau pening kepala sekarang ni memang Min elak ambik panadol. Dulu pening je kepala telan 2 biji panadol. Kesan jangka panjang kita tak tahu kan? Bahaya tauu makan panadol ni...huhu sekarang Alhamdulillah dah kurang amik kalau emergency je terpaksa jugak amik.
Jadinya kalau tak amik panadol mesti ade tukar ganti dia kan? Ha apa lagi kalau bukan Produk Shaklee. Hihihi... Ada 4 jenis supplemen Min amik kalau time demam ni...sekurang-kurangnya dia kasi lega sikit panas badan dan kurangkan sakit kepala ni...
PERFORMANCE DRINK
Performance drink sebagai minuman bertenaga, kan kalau demam badan rasa lemah je, tak larat nak buat apa. Tido jela seharian dalam bilik. So, Performance Drink bantu membekalkan tenaga masa kita demam tu. Performance Drink ni macam air 100plus tapi beza dia, tak ada gas dan tak ada perasa tiruan dan lebih sihat kalau minum selalu. InshaAllah.
NUTRIFERON
Yang ni pulak Nutriferon daripada Shaklee. Boleh makan terus dari sachet atau bancuh dengan air. Kalau Min, suka bancuh dengan air Performance drink tu, lagi sedap rasa dia. Cuma bancuh 2 scoop Performnce drink dan 1 sacher Nutriferon je. Fungsi Nutriferon ni menguatkan anti-bodi kita, tapi kalau dah time nak demam tu demam gak kan? Huhuhu~
OMEGA GUARD
Mesti ramai yang tak tahu kan yang Omega ni pun boleh merawat sakit kepala? Ni lah antara kelebihan Omega Guard dari Shaklee. Ia boleh membantu mengurangkan sakit kepala dan ketegangan urat leher. Makan 3 biji dan InshaAllah sakit kepala dan tegang urat leher tu akan berkurang.
B-COMPLEX
Semua orang tahu kehebatan B-Complex Shaklee ni boleh menhilangkan stress dan gemuruh. Jadi dia ni pun salah satu produk yang salah amik time demam dan sakit kepala. Amik 2 atau 3 biji sahaja.
SUSTAINED RELEASE VITA-C PLUS
Vitamin C ni memang diperlukan oleh tubuh badan kita sebab ia mampu menguatkan anti-bodi badan dan melindungi badan dari jangkita penyakit. Vitamin C jugak mampu mengawal elergi yang menyebabkan deman. Time demam Min selalu amik lebih dari 2 biji. Sehari tu kalau demam 8 biji ada Min telan.
Alhamdulillah, lepas cuba kelima-lima produk ni demam dan sakit kepala Min berkurang secara perlahan-lahan. Boleh lah jugak time demam tu pi basuh baju atau kemas dapur. Tenaga tu ada daripada berselubung dalam selimut. Hihihi...So, sesapa yang selalu demam atau sakit kepala Min recommend cuba produk dari Shaklee ni. Shaklee ni bukan nya ubat yang buat kita bergantung pada dia, dia membantu merawat dan mencegah penyakit-penyakit yang ada. Jangan salah faham k...hehe :D
Okay
Happy reading guys
:)
No comments:
Post a Comment