Thursday, 27 August 2015

5 TIPS MUDAH MELIPAT KAIN BAJU YANG MENIMBUN

Hai..
Assalamualaikum...


Siapa pernah lalui situasi bila dah basuh kain baju dia malas nak lipat, kadang tu berhari-hari terbiar dalam bakul atau atas katil sampailah menimbun..hehehe. Sape cmni kite geng tau! Haha :p






Jadinya, Min nak share kan beberapa tips untuk elak daripada kain baju tu terus menimbun. Mudah je, Min pun praktikkan tips ni tauu ;)


Cara Mengatasi Kain Menimbun Pada Mereka Yang Malas Lipat Kain:


SORTING ATAU ASINGKAN:
  • Lepas angkat atau masa angkat kain, silalah sort kain baju ikut sapa yang empunya. Kalau ada 6 orang, maka akan ada 6 gunung kain baju.
  • Sort ikut jenis kain baju. Contoh baju untuk dilipat, baju untuk di gantung dan lain-lain.

GUNA PENYANGKUT BAJU:
  • Ini tips paling mudah dan cepat. Semua baju, seluar tak perlu dilipat dan gantung terus dalam almari.
  • Lagi senang bila jemur kain guna penyangkut baju, lepas kering terus sangkut dalam almari.

GUNA BAKUL YANG SAIZ KECIL:
  • Guna bakul saiz kecil untuk meletakkan baju bersih/ atau kotor. Bile bakul penuh mesti kita akan terus lipat atau basuh.
  • Kalau guna bakul saiz besar selagi bakul tak penuh selagi tulah kita biarkan kain baju tu.

TUMPUKAN PERHATIAN:
  • Elakkan melipat kain baju sambil menonton televisyen dan bermain handphone.
  • Fokus dahulu melipat kain baru menonton rancangan televisyen korang.

PERKHIDMATAN MELIPAT KAIN:
  • Ini merupakan cara terakhir kalau dah malas sangat nak lipat kain baju yang menimbun tu.
  • Perkhidmatan ini merangkumi daripada membasuh, seterika dan melipat. Hanya RM2.00 sekilo. Murahkan..kene lah keluar kos sikit.


Haa..kalau sesapa ada kain baju yang menimbun kat rumah tu bolehlah cuba 5 tips yang Min sharekan ni. Jangan biarkan kain baju tu menimbun nanti tade sape nak minang..hehehe!

Thankyou for reading...

:)

No comments:

Post a Comment