Friday, 28 August 2015

MAKAN PIL PUTIH TAPI TAK PUTIH JUGAK, KENAPA??

Holla!

Sape ade masalah ni? Haa..korg punyalah gigih makan pil putih, macam-macam jenis dah korang telan..apa yang terbaru kat pasaran korang telan...tapiiiii tak mau jugak putih kulit korg ni..agak nya kenapa yer?? Kadang tu jelez tengok member makan seminggu dah nampak perubahan...sedihh giloss! :'(

*Gambar hiasan*

APA TU TOKSIN ??

TOKSIN = (UBAT) Bahan beracun yang dihasilkan oleh bakteria dalam organisma hidup atau mati yang boleh menyebabkan penyakit tertentu.

Kalau korang nak tau, TOKSIN ni lah penyebab utama kenapa korang tak mau putih. Toksin ni juga mengganggu penyerapan vitamin dan pil yang kite makan sebab dia dah melekat kat dinding  usus dan menjadi plag.

Sumber Google- Usus penuh toksin

So, bila kita tak keluarkan bahan buangan, toksin-toksin akan berkumpul di dalam usus dan mengakibatkan auto-intosifikasi ataupun penghasilan toksin sendiri. Ia juga menyebabkan saluran darah yang melapisi dinding usus menyerap toksin-toksin ini ke dalam aliran darah dan akhirnya mencemarkan semua organ badan.


TANDA-TANDA GEJALA TOKSIN
  1. cirit-birit
  2. masalah sembelit
  3. keletihan
  4. sakit kepala
  5. mata menjadi kusam
  6. kulit bermasalah (jerawat, berminyak)
  7. berbintik
  8. sakit otot
  9. masalah saraf
  10. badan dan nafas berbau
  11. kelihatan murung

So, bagi sesapa yang nak buang dan singkirkan toksin-toksin dalam badan atau ada masalah kesihatan perlulah DETOX. Even kita ni bebas daripada sebarang penyakit tapi better kita DETOX kan toksin-toksin yang ada dalam badan kita (tanpa kita tahu kewujudannya), terutama kat HATI (liver) dan USUS kerana ia sangat penting untuk menyingkirkan bahan-bahan yang tidak elok dan boleh memudaratkan dalam badan kita. Selain itu, bila kita dah detox toksin-toksin dalam badan kita, ia dapat membantu penyerapan supplemen yang kita amik. Dan seeloknya detox sekerap mungkin tauuu :)

Ok ni lah dia antara sebab kenapa kita susah nak putih macam orang lain, toksin-toksin tu dah "berkampung" dalam badan kita, jadi kenelah buang atau detox semua nya. Hehehe ;)

Tq

Happy reading

:D

Thursday, 27 August 2015

5 TIPS MUDAH MELIPAT KAIN BAJU YANG MENIMBUN

Hai..
Assalamualaikum...


Siapa pernah lalui situasi bila dah basuh kain baju dia malas nak lipat, kadang tu berhari-hari terbiar dalam bakul atau atas katil sampailah menimbun..hehehe. Sape cmni kite geng tau! Haha :p






Jadinya, Min nak share kan beberapa tips untuk elak daripada kain baju tu terus menimbun. Mudah je, Min pun praktikkan tips ni tauu ;)


Cara Mengatasi Kain Menimbun Pada Mereka Yang Malas Lipat Kain:


SORTING ATAU ASINGKAN:
  • Lepas angkat atau masa angkat kain, silalah sort kain baju ikut sapa yang empunya. Kalau ada 6 orang, maka akan ada 6 gunung kain baju.
  • Sort ikut jenis kain baju. Contoh baju untuk dilipat, baju untuk di gantung dan lain-lain.

GUNA PENYANGKUT BAJU:
  • Ini tips paling mudah dan cepat. Semua baju, seluar tak perlu dilipat dan gantung terus dalam almari.
  • Lagi senang bila jemur kain guna penyangkut baju, lepas kering terus sangkut dalam almari.

GUNA BAKUL YANG SAIZ KECIL:
  • Guna bakul saiz kecil untuk meletakkan baju bersih/ atau kotor. Bile bakul penuh mesti kita akan terus lipat atau basuh.
  • Kalau guna bakul saiz besar selagi bakul tak penuh selagi tulah kita biarkan kain baju tu.

TUMPUKAN PERHATIAN:
  • Elakkan melipat kain baju sambil menonton televisyen dan bermain handphone.
  • Fokus dahulu melipat kain baru menonton rancangan televisyen korang.

PERKHIDMATAN MELIPAT KAIN:
  • Ini merupakan cara terakhir kalau dah malas sangat nak lipat kain baju yang menimbun tu.
  • Perkhidmatan ini merangkumi daripada membasuh, seterika dan melipat. Hanya RM2.00 sekilo. Murahkan..kene lah keluar kos sikit.


Haa..kalau sesapa ada kain baju yang menimbun kat rumah tu bolehlah cuba 5 tips yang Min sharekan ni. Jangan biarkan kain baju tu menimbun nanti tade sape nak minang..hehehe!

Thankyou for reading...

:)

Wednesday, 26 August 2015

Happy bila Saiz Pinggang Seluar berkurang 3 inci !!!

Hai hai korang! 


Haa..mesti rase happy kan bila try-try seluar jeans tibe pinggang dia longgar je..hihi! Wah! Kurang sampai 3 inci pulak tuu!! Rasa nak lompat-lompat! Hahaha :D

Ape rahsie nya tu sampai pinggang seluar kurang 3 inci ??
Jom Min share rahsiaa nak kempis kan perut yang buncit tu... Jeng jeng jeng~~


Harga PROMOSI 1 Set Kurus Basic : RM240
FREE GIFT & FREE CONSULTATION
SABAH/ SARAWAK +RM5

Ni lah dia Set Kurus Basic daripada Shaklee yang Min consume. Alhamdulillah lepas sebulan lebih konsisten makan 3 benda ni pinggang seluar berkurang, dari saiz 30 ke saiz 27...hihi. Seronok kan..perut pun dah tak buncit. Flat gitcheww :p



FUNGSI & PERANAN SET KURUS

ESP ( ENERGIZING SOY PROTEIN) 850 G RM150 :


  • Mengoptimumkan penyerapan nutrien lain
  • Membekal kan tenaga berpanjangan, kurang rasa lapar even berpuasa
  • Merangsang pembentukan semula kulit dan otot, mengurangkan kedutan, kulit terasa lembut selepas 2 minggu menggunakannya
  • Mengembalikan keserian kulit dan kepejalan kulit
  • Tiada pengawet, perasa, pemanis tiruan, rasa asli soya dan vanilla
  • 1 hidangan ESP bersamaan 2x daging, 4x telur, 12x susu rendah lemak
  • Tiada asid urik


LECITHIN 180 CAPSULE RM52 :


  • Menyerap vitamin larut lemak- A,D, E & K
  • menghalang enapan lemak di hati
  • Memecahkan lemak dan kolestrol, "membersih" kan salur darah, pengambilan tambahan dapat mengemulasi dan membantu metabolisma lemak, kolestrol dan trigliserid  dalam tubuh
  • Pengambilan yang banyak dapat mempercepatkan pembakaran lemak untuk kesan pelansingan seimbang
  • Mencantikkan kulit dan otot, melembapkan dan menghaluskan kulit, mengaktifkan metabolisma sel dan melambatkan penuaan
  • Meringankan sembelit, meleraikan toksin dalam usus


HERBLAX 120 TABLETS RM52 :




  • Membantu proses membersihkan najis tersekat
  • Membantu mengempiskan bahagian perut
  • Membantu memejalkan bahagian perut (bina otot)
  • Mengembalikan semula proses pergerakan semula jadi usus (bowel movement) kerana tindakan detoksifikasinya yang lembut
  • Membantu masalah sembelit
  • Merangsang usus untuk mempercepatkan proses pembersihan najis  dan toksik di dalam tubuh badan kita terutamanya yang telah tersimpan lama

Kombinasi Set Kurus ni dapat membantu MENGEMPISKAN PERUT, MEMBUANG LEMAK & KOLESTROL, MEMBINA OTOT dan MENINGKAT METABOLISMA henkorang. InshaAllah kalau henkorg makan secara konsisten dan betul dalam masa 1 bulan lebih dah nampak perubahan dah...hihi. Bergantung jugak pada kesesuaian seseorang tu tauu.. :p

So, Min pun dah cuba dan rasa kesan nya sendiri, siap jadi set feberet lagi tauuu...hehehe! 
Jom lah same-same kurus dan sihat. 

Happy reading..

Toddles... 

:*

Tuesday, 25 August 2015

Join Bengkel Nutrisi Shaklee

Hello...hai hai :)

Teruje nye nak cite pasal ni...nak tau tak kenapa ? Sebab secara rasminya selepas join Shaklee saya pergi join Bengkel Nutrisi Shaklee di HQ Shaklee pada sabtu yang lepas. Yang bestnya dapat pergi dengan TEAM SUPERMOM OFFICE dan tiket bengkel ni Along yang belanja untuk kami dapat ilmu. Hihihi..thankyou Along!

Tiket free 

Tengah isi attendance


Peluang macam ni bukan semua orang dapat kan? Yela hujung minggu mesti ramai yang dah plan itu ini dengan family or kawan-kawan. Tapi Alhamdulillah saya terpilih untuk dengar dan dapat ilmu ni..hihi ;)



Bengkel dah nak mula..


 Boleh dikatakan full house jugak bengkel haritu. Rasa semangat je bila dah ramai ni kan. Bengkel Nurtisi ini disampaikan oleh Pakar Nutrisi Shaklee, Puan Sarah.



Bengkel ini terbahagi kepada 3 sesi. Kesemua sesi menceritakan mengenai kepentingan supplemen dan keunikan supplemen Shaklee tersebut. Daripada bengkel ini banyak maklumat yang saya dapat mengenai produk Shaklee dan info-info kesihatan yang lain. So, kalau ada customer yang ingin bertanya mengenai produk Shaklee, saya akan lebih yakin untuk berkongsi mengenai nya. 




Pada waktu rehat, pihak Shaklee telah membawa kami makan di Restoran Arab Marhabba, Sunway. Hihi kenyang makan kat situu ;p




Semasa bengkel juga ada di adakan kuiz tapi tak berpeluang nak jawab sebab kasi "can" kat orang lain..hahaha *acah jer*  Nak dijadikan cerita Bengkel Nutrisi haritu seronok dan banyak info menarik pasal supplemen yang saya dapat dan boleh kongsi dengan korg semua. Hihi. InshaAllah kalau ada kelas lagi macam ni saya nak join dan kumpul ilmu yang ada. 

Hihi

Happy reading

Toddles...  :)

Monday, 24 August 2015

Survey Pelamin Kahwin

Hey Hello...


Hari wedding dah nak dekat pun, tinggal sebulan lebih je. Pelamin baru nak survey tak finalized lagi..Hihihi. Suka benauu buat last minit. ;p

Jadi survey punya survey, rasa berkenan pulak dengan design pelamin pallet trend sekarang ni. Simple dan menarik...
Rasa nak amik yang ni..hihi




Yang ni pun cantik jugakk..mmm


Haa..menarik kan pelamin cmni? Berkenan pulak nak buat lain sikit dari kakak-kakak saya. Hehehe. Bajet untuk pelamin ni tak sampai pun RM1k. Sesapa yang nak pelamin simple dan bajet boleh cuba survey dengan dorg kat sini:

Kene FOLLOW dulu tauu :)

Instagram: Rusticka Wedding

Happy reading and thank you..

:)

REVIEW SET SENGGUGUT SHAKLEE

Set Senggugut Shaklee untuk mengatasi masalah PMS - Alhamdulillah kini hati saya dah terpaut dekat Set Senggugut Shaklee ni selepas dicadangkan oleh kakak saya sendiri yang sememangnya setia bersama Shaklee. Hati senang tiap-tiap bulan bila period senggugut tak menyerang dah.


Happy cenggini rasenye tiap-tiap bulan dah tade senggugut! ;)

Sebelum ni kalau senggugut mesti telan 2 biji panadol pastu tido lah sampai ke petang. Seharian memang keje tak jalan kalau dah kene senggugut. So, set Senggugut ni memang memberi impak yang hebat lah kat saya!


KELEBIHAN SET SENGGUGUT SHAKLEE

HARGA PROMOSI 1 SET : RM200 FREE GIFT & FREE CONSULTATION

SABAH/SARAWAK ADD RM5

Peranan Ostematrix semasa senggugut (RM61.00) :
  • Sebelum haid, paras kalsium akan menurun menyebabkan gangguan emosi, bekalan kalsium tambahan dapat kurangakan turun-naik perasaan. 
  • Menolong mengurangkan simptom-simptom senggugut seperti kembung perut, kekejangan, rentensi air, mudah meradang dan kemurungan.

Peranan B-Complex semasa senggugut (RM53.00) :

  • Lengkap dengan 8 kumpulan B termasuk asid folik yang diperlukan oleh tubuh badan demi membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil. 
  • Kekurangan vitamin B meningkatkan paras estrogen dan kesan PMS.

Peranan Gla Complex semasa senggugut (RM91.00) :

  • Wanita yang alami senggugut tidak dapat menukarkan asid linolenik untuk menjadi GLA. Pengambilan GLA dapat mengurangkan simptom senggugut.

Kombinasi 3 produk Shaklee ini dapat membantu mengurangkan masalah senggugut anda. InshaAllah dengan izin-Nya. 

Sesapa yang nak cuba atau nak ada sebarang pertanyaan boleh contact saya di:

FB : Min Halim

SMS/ WHATSAPP : 017 5083248

EMAIL : min.halim@yahoo.com



Tq :)

Jatuh Cinta dengan Shaklee

Macam mana saya boleh jatuh cinta dengan Shaklee ni?!

Al kisahnye...

Tahun lepas saya ada share masalah saya ni dengan Along saya...masalah nye bila datang bulan senggugut datang menyerang! Huhuhu..biasalah orang remaja kan, hormon tak stabil.
Jadinye, Along pun suruh saya makan salah satu produk Shaklee yang memang khusus untuk kaum wanita. Ce teke ape produk tuuu? Hihihi... :)


First love!

Haa..ni lah dia GLA COMPLEX yang saya makan mula-mula dan jatuh cinta sampai sekarang. Kesan dia tak payah tunggu lelama, konsisten makan 3 minggu pertama, minggu ke-4 dah rasa kesan.
Period datang tak rasa ape..tetibe je dah period. Selalu nak period kemain krem lagi perut ni sampai guling-guling atas katil..huhuhu...sekarang dah tak! :D


APA KEBAIKAN GLA COMPLEX?

  1. Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
  2. Meningkatkan kesuburan
  3. Melegakan PMS (Pre-Menstrual Syndrome)
  4. Membantu dalam menangani menopause
  5. Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri
  6. Melambatkan proses penuaan
  7. Bagus untuk saraf
  8. Menangani ekzema
  9. Menguatkan kuku dan rambut
  10. Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri

GLA ni boleh di ambil oleh lelaki dan wanita. Ia sangat membantu mereka yang mempunyai masalah jerawat, masalah menstrual,  menopause sindrom, darah tinggi dan kencing manis. Kelebihan GLA COMPLEX juga ialah kerana ia mengandungi Vitamin E yang asli. 


Serius best GLA COMPLEX dari Shaklee ni! Banyak kelebihan dia...saya dah rasa korang macam mana pulak? Tak akan nak biar je masalah korang tu berlanjutan kan? Hihi...rugi tau tangguh-tangguh ni :p

*Review Set Senggugut Shaklee*

Teghobek Majlis Bertunang kitee #08122015

Hola!

Tetibe rasa nak terobek majlis tunang tahun lepas..hihi.. Alhamdulillah masuk bulan ni dah 9 bulan jadi tunangan orang..kuikui berdarah manisss tauu.. :p

Jom terobek sikit gambar majlis tunang kitee :)



Family Shakir


Baba Shakir

Barang hantaran untuk saya :)

Kasi tepak sireh gituw
Nebesss -_-'

Ketaq tangan time kene sarong cincin..heheheh
Ni le Shakior....hohoho

InshaAllah bakal ber-besan bulan Oktober ni..eceh! :p


Anak-anak menakan yang gengster!


Kak Isha pun nak mekap gak..hehehe

 Haa..banyak lagi gambar sebenarnye tapi jadi lah tuu..hahaha! InshaAllah bulan Oktober ni bakal bertukar title kepada "Puan Yasmin"..wahahaha! 

So ape persediaan nak kawen ni? Dari segi mental dan fizikal. Persiapaan kawen pulak macam mana? Hihihi...nanti saya citee yer... ;)

APA TU PROGRAM YES?


APA TU PROGRAM Y.E.S ??

Program YES tu merupakan singkatan kepada Young Entreprenuer System. Program ni terbuka kepada sesiapa sahaja yang menyertai projek Shaklee dan berpeluang menjadi Jutawan dalam masa 13 bulan sahaja sekiranya anda benar-benar FOLLOW dan DUPLICATE system YES ini.

Program YES ni terbuka kepada ahli baru yang menyertai Shaklee bermula MAY 2015. So ramai ahli-ahli lama yang jelez dengan kita orang yang baru daftar jadi ahli Shaklee ni sebab banyak peluang keemasan dan yang ditawarkan dalam program YES ni.





Jom kita tengok 5 intensif hebat yang Shaklee tawarkan untuk ahli baru Shaklee bermula May 2015 hingga Oktober 2015 ni.


  • 1 Botol Vita-Lea Shaklee Multivitamin Terbaik di dunia sempena 100 tahun usia VitaLea Shaklee


  • 4 pakej Set Shaklee yang paling hangat di pasaran dengan menawarkan harga tanpa GST.


  • Hadiah tunai berganda (gandaan 100%) untuk peserta yang memenuhi syarat 100% EMI*. Sebagai contoh melalui EMI anda layak menerima hadiah tunai RM700, tetapi melalui program YES ini Shaklee membayar anda RM700  +100%  iaitu bersamaan RM1400 pada bulan ini

  • Pendapatan tunai extra 10% sehingga 50% setiap bulan selama 13 bulanContohnya bulan May anda layak menerima pendapatan tunai sebanyak RM1000, tetapi melalui program YES ini Shaklee akan membayar anda RM1500 pada bulan ini.

  • Hadiah tunai sehingga RM18,000 untuk peserta  program YES yang berjaya FOLLOW dan DUPLICATE system ini dengan cemerlang.




Haa..gempak gila kan Program YES ni dari Shaklee ni kan ?? Rugi sangat sape yang tak amik peluang keemasan ni. Sempat lagi kalau korg nak join Program YES ni sebab ada lagi masa sebelum masuk bulan Oktober.   So, sesape yang berminat nak jadi ahli Shaklee dan dapat keistimewaan ni korang boleh klik kat bawah ni ye :


Orite

Jumpa lagi nanti..

:)

Bestnyee dah jadi ahli Shaklee!

Hyep! 

Mesti ramai yang dah tau pasal produk kesihatan Shaklee ni kan? Haa..ni nak habaq mai kat hampa semuaaaa..yang saya dah sebulan jadi ahli Shaklee! Yay! Hihihi...tapi dah lama tauu saya berkecimpung dalam dunia Shaklee ni sejak berkerja dengan kakak saya sendiri (orang panggil dia "Mami Hadha") yang memang menggunakan Shaklee lebih kurang 4 tahun. Haa..banyak ilmu pasal Shaklee boleh saya grab dari kakak saya ni. 

Okay, nak daftar ahli Shaklee ni hanya dengan RM65.00 sahaja. Bila dah daftar tu, kita akan dapat set Starter-kit, anggaran starter-kit tu je dah RM200, tapi korang kene bayar Rm65 je dah dapat macam-macam dalam tu tau! Hihihi..jom terjah ada ape dalam starter-kit tu...


  • Beg Shaklee
  • Business Manual*
  • Produk Guide*
  • Buku hijau *kit asas mengenai Shaklee
  • Pamplet Convetion
  • Pricelist latest
  • Buku merah pnr MLM
  • Buku resit

APA BEST NYA JADI AHLI SHAKLEE NI?
  1. Dapat menikmati sendiri Produk Shaklee yang terbukti selamat dan berkesan
  2. Menggunakan Produk Shaklee sambil mendapat pulangan wang anda walaupun untuk kegunaan sendiri dan keluarga sahaja
  3. Memiliki ruang menjana pendapatan sampingan melalui Produk Shaklee yang ternyata HEBAT!

So, awal bulan Ogos aritu, kakak saya daftar kan saya sebagai ahli Shaklee sempena dah 1 tahun berkhidmat dengan dia. Speselnya daftar ahli Shaklee untuk kalini secara AUTOMATIK nya saya akan di masukkan dalam
Program Y.E.S Shaklee. 

Haa..best tauu jadi ahli Shaklee ni. Macam-macam benefit korang boleh dapat. InshaAllah kalau buat betul-betul dan istiqamah boleh menjana pendapatan dari rumah dan dok goyang kaki denga family korang. So sesapa yang berminat nak join jadi ahli Shaklee boleh klik kat bawah ni:




Okay...

Sampai sini dulu..

Jumpa lagi guys! :)

Thursday, 20 August 2015

ABOUT ME...

Assalamualaikum! Hello!

 Disebabkan blog lama lupa password dan dah lameeeee tak hapdet maka nyer terhasil lah blog baru ni....hihihi.. So acah-acah first entri ni nak cite lah "about me"...kemain kau ehh..kohkoh!!! Okay mari mula dengan nama sendiri. Bukan nama orang lain..kuikui

Orang panggil kite Min je. Nama penuh Yasmin binti Abdul Halim. Pendek je nama mak abah kasi. Konon nya dulu mak cakap nak taruk "Yasmin Khalida" tapi entah taktau kenapa boleh jadi Yasmin seketul je..hehe tapela manis nama Yasmin ni sebab maksud dia pun bunga Melur... 

Cik Yasmengg :)

Lahir kat Teluk Intan, alaahh yang ada Menara Condong tu..hihi. Memang family stay kat Teluk Intan pun. Abah keje cikgu, mengajar area Teluk Intan gak tapi sekarang dia dah pencen...mak memang suri rumah sepenuh masa.

Study mana ? Emm tadika dulu tak ingat pulak kat mana tapi pakaian seragam dia warna ungu. Sekolah rendah dekat Sek. Keb. Permatang Sg. Manik, ikut abah, kakak dengan abang sekola sana sampai darjah 2 jer. Darjah 3 pindah sekolah dekat sikit Sek. Keb Kg. Bahagia. Pagi-pagi mak yang selalu hantar naik moto Honda lama..hehe! Bila dah masuk darjah 5 dengan 6 dah pandai pegi sekolah sendiri. Kayuh basikal pagi-pagi dengan member yang tunggu depan masjid tuu..hehehe. Sekolah Menengah pun nak yang dekat-2 jugak..hihi. Pastu lepas SPM sambung study kt Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) amik course Business...tapi serius kantoi tak boleh bawak course ni sebab mmg tak minat. Tahan sampai 2 semester je..huhu. So, adela apply U dan kolej lain dengan course yang saya minat. Tak sangka rupanya dapat course yang minat tu dekat Kolej Professional MARA Indera Mahkota (KPMIM) kt Kuantan. Seronok tu memang lah tapi sedih sebab kene pegi jauhhhh..tapi demi mengejar cita-cita dan minat kite pegi gak sana. 

Course apa ? Kite ni memang minat seni sebab tu lah kite apply course yang ada tulis, "design, animation". Mula tu apply kt UniKL course Animation tapi tak dapat sebab Math tak credit..hahaha!! Tapi Alhamdulillah kite dapat course Diploma in Digital Creative & Production kt KPMIM tuu...course ni serius best sangat. 3 tahun study kat sana macam-macam belajar dan paling seronok tiap-tiap sem mesti naik pentas sebab pointer bagusss..hehehe. ALHAMDULILLAH! Course yang kite amik ni akhir sem kene praktikal kat mana-mana syarikat. So, kite dengan 2 orang lagi member kite dapat praktikal kat FINAS, Petaling Jaya. 3 bulan praktikal sana sedikit sebanyak dapat lah jugak pengalaman pergi shooting kat sawah padi, Istana dan iklan raya.

Dina, member paling rapat time study kt KPMIM

Kerja ? Hehe..awal-awal lagi dah kene lamar dengan kakak dan abang ipar kite kerja dengan dorang. Kerja sebagai Videographer kat syarikat kakak kite Supermom Resources. Start kerja September tahun lepas...tak sangka dah nak masuk 1 tahun kerja dengan dorang. Macam-macam ilmu kite dapat dengan abang ipar kite ni..heheh. 

Hah family kite. Kite ni 7th dari 9. Ada 4 kakak, 2 abang , 1 adik perempuan dan 1 adik lelaki. Sekarang ni dah 4 orang yang kawen lepasni inshaAllah turn kite pulakkk..kekekek. *gatal kau eh*

Kite ni bakal mengakhiri zaman bujang katekauu..haha! Tunang kite ni kenal time belajar kat KUIS dulu...kenal kejap lepastu kawan sampai le sekarang...kira-kira dah dekat 6 tahun kenal..lameee nyerr..emmm. Doa-doakan kami panjang jodoh dan dipermudahkan segalanya. Aaminnn...

Kite ni tak tau lah suka makan apa, makan jela semua janji sedap! Haha..tapiiii kite tak suka makan benda yang pelik-pelik. Contoh macam Sushi...pleasee tak boleh masuk tekak. Ermm tu jela kot nak story about me...hehehe



Kak Beyya & Kak Isha



Budak-budak ni suka lepak kat bilik saya

Ok tu je...

Toodles..

Hihi

:p